TANAM SERAI DALAM PASU SEMUDAH 6 CARA

Serai atau nama saintifiknya Cymbopogon citratus, sering digunakan dalam masakan harian kerana wangian dari tumbuhan tersebut menaikkan selera. Namun tahukah anda? Serai antara tumbuhan yang boleh ditanam di rumah dan sangat sesuai untuk tanaman bandar.

Ini adalah 6 langkah mudah untuk menanam serai didalam baru atau bekas kitar semula.

  1. Anak Benih 

Untuk mendapatkan anak benih serai, boleh sahaja menggunakan serai yang dijual dipasar untuk dijadikan benih. Kita juga boleh menggunakan batang serai yang telah matang untuk ditanam.

  1. Rendam anak benih dalam air sampai bertunas

Kenapa perlu rendam dalam air? Ini kerana batang serai tidak mempunyai akar. Jadi langkah ini membantu untuk merangsang pertumbuhan akar. Ianya mengambil masa 3-4 hari.

  1. Penyediaan Medium Tanah

Antara tanah yang sesuai digunakan bagi penanaman pokok serai ini adalah campuran dari tanah bakar dengan top soil. Kita boleh mendapatkan tanah ini di nurseri tanaman.

  1. Kaedah Penanaman

Istimewanya tanaman serai ini adalah, kita perlu menanamnya secara menyerong. Masukkan sebahagian perut serai sahaja yang tenggelam di dalam medium tanah. Ianya untuk mengelakkan serai cepat mati.

  1.  Kadar Siraman

Siram air sebanyak dua kali sehari bagi memastikan tanaman serai stabil dengan medium tanah dan persekitarannya. Selepas seminggu, boleh kurangkan siraman air sekurang-kurangnya sekali sehari.

  1. Pembajaan Tanaman

Bagi mendapatkan hasil tanaman serai yang gemuk dan sihat, petuanya adalah memberikan baja organik seperti air belacan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.