Kami akan kongsikan tentang cara-cara penanaman herba Pudina di dalam bekas atau pun pasu. Tanaman ini biasanya digunakan dalam minuman dan masakan dan sangat sesuai untuk ditanam di kawasan yang sempit.

Benih Pudina

Disebabkan benih pudina yang bagus dan berkualiti susah untuk didapatkan di Malaysia, inisiatif lain adalah dengan mengerat batang pokok pudina (10 cm ) dan buang semua daunnya. Ambil ¼ dari batang pokok lalu cucukkan ke dalam medium tanah di dalam pasu.

Pucuk Pudina akan tumbuh setelah satu hingga dua minggu.

Saiz Pasu atau Bekas

Antara saiz yang sesuai dan ideal untuk penanaman pokok Pudina ini adalah diantara saiz 2 liter hingga 5 liter. Selain dari menggunakan pasu yang diletakkan dilantai, pasu gantung juga sesuai untuk menanam daun Pudina.

Pencahayaan

Bagi pencahayaan, daun pudina boleh membesar dengan baik dengan menerima cahaya matahari selam 3-5 jam sehari. Maka, daun pudina sangat sesuai ditanam berdekatan dengan balkoni atau tingkap dengan kadar pecahayaan yang minima (redup).

Pembajaan

Bagi pembajaan pula, Taburkan baja organik setiap satu atau dua minggu sekali. Taburkan hanya disekeliling batang daun pudina dan elakkan terkena pada batangnya. Pembajaan berkal dapat membantu pokok pudina membesar dengan baik.

Siram pokok pudina dua kali sehari, iaitu di awal pagi dan lewat petang. Mudahkan? Selamat Mencuba!

*Pasarkita merupakan satu di antara platform e-commerce bagi hasil pertanian yang mengetengahkan konsep “Urban Gardening”. Di Pasarkita, kami membantu usahawan-usahawan pertanian kecil bagi memasarkan produk mereka dan memberi pendedahan tentang kebaikan dan kepentingan berkebun di bandar.