Knowledge

Vertical recycle bottles hydroponic set
Finished testing our vertical recycle bottles hydroponic set for our home growers. Ready to roll out. 🕺🕺
5 Tips “Urban Gardening” di rumah Flat atau Apartment
Hi semua! Hari ini Pasarkita akan kongsikan 5 Tips berkesan bagi sesiapa sahaja yang baru atau sudah pun mula berjinak-jinak dalam pertanian berbentuk “Urban Gardening” di rumah Flat atau apartment. Sebelum itu, Pasarkita merupakan satu di antara platform e-commerce bagi hasil pertanian yang mengetengahkan konsep “urban gardening”. Di Pasarkita, kami membantu usahawan-usahawan pertanian kecil bagi memasarkan produk mereka dan memberi pendedahan tentang kebaikan dan kepentingan berkebun di bandar. Pilih bekas yang ringan Walaupun nampak remeh namun sebenarnya sekiranya kita menanam sayuran di dalam bekas yang ringan seperti pasu plastik. Ianya akan memudahkan kita menggerakkan tanaman sekaligus tidak membahayakan jiran tertangga yang lain. Tanam secara bertingkat Dengan menanam secara bertingkat dapat mengatasi masalah ruang terhad. Boleh dapatkan rak bertingkat besi untuk diletakkan pasu tanaman. Rak tidak perlu terlalu tinggi, sekitar 2-3 tingkat sudah memadai. Tanaman secara Hidroponik Hidroponik adalah menanam sayuran tanpa menggunakan medium tanah. Kaedah ini sangat mudah kerana ianya hanya memerlukan bekas, span, air dan baja hidroponik iaitu baja AB. Tempat Cahaya Kebiasaanya ianya menjadi satu cabaran bagi yang tinggal di kawasan apartment kerana kesukaran mendapatkan sumber cahaya. Namun, anda boleh menggunakan balkoni dapur atau hadapan rumah yang ada cahaya. Selain itu, penggunaan lampu led bagi pencahayaan tambahan adalah amat digalakkan. Menggunakan lapik pasu Lapik pasu digunakan bagi mengelakkan air dari pasu menitis selepas membuat aktiviti penyiraman. Bersihkan pelapik pasu setiap hari atau dua-tiga hari sekali seminggu bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.
Tanam Pudina dalam Pasu semudah ABC
Kami akan kongsikan tentang cara-cara penanaman herba Pudina di dalam bekas atau pun pasu. Tanaman ini biasanya digunakan dalam minuman dan masakan dan sangat sesuai untuk ditanam di kawasan yang sempit. Benih Pudina Disebabkan benih pudina yang bagus dan berkualiti susah untuk didapatkan di Malaysia, inisiatif lain adalah dengan mengerat batang pokok pudina (10 cm ) dan buang semua daunnya. Ambil ¼ dari batang pokok lalu cucukkan ke dalam medium tanah di dalam pasu. Pucuk Pudina akan tumbuh setelah satu hingga dua minggu. Saiz Pasu atau Bekas Antara saiz yang sesuai dan ideal untuk penanaman pokok Pudina ini adalah diantara saiz 2 liter hingga 5 liter. Selain dari menggunakan pasu yang diletakkan dilantai, pasu gantung juga sesuai untuk menanam daun Pudina. Pencahayaan Bagi pencahayaan, daun pudina boleh membesar dengan baik dengan menerima cahaya matahari selam 3-5 jam sehari. Maka, daun pudina sangat sesuai ditanam berdekatan dengan balkoni atau tingkap dengan kadar pecahayaan yang minima (redup). Pembajaan Bagi pembajaan pula, Taburkan baja organik setiap satu atau dua minggu sekali. Taburkan hanya disekeliling batang daun pudina dan elakkan terkena pada batangnya. Pembajaan berkal dapat membantu pokok pudina membesar dengan baik. Siram pokok pudina dua kali sehari, iaitu di awal pagi dan lewat petang. Mudahkan? Selamat Mencuba! *Pasarkita merupakan satu di antara platform e-commerce bagi hasil pertanian yang mengetengahkan konsep “Urban Gardening”. Di Pasarkita, kami membantu usahawan-usahawan pertanian kecil bagi memasarkan produk mereka dan memberi pendedahan tentang kebaikan dan kepentingan berkebun di bandar.
5 Kelebihan berkebun dari rumah
5 Kelebihan berkebun dari rumah Berjumpa lagi kita di artikel kali ini. Hari ini Admin akan kongsikan tujuh kelebihan apabila anda berkebun dari rumah. Tahukah anda? Selain dari menjimatkan wang perbelanjaan harian di rumah, terdapat banyak lagi kelebihan berkebun di rumah tau! SUMBER BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN YANG SEGAR Apabila kita berkebun di rumah, kita akan memperolehi buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar daripada kebun kecil kita sendiri. Walaupun kita tiada tanah atau tinggal di apartmen, terdapat banyak cara untuk berkebun di rumah. Antaranya adalah menggunakan teknik hidroponik. TIADA LAGI BERSESAK DI PASAR TANI Selalunya bila nak memasak di rumah, mesti kita akan cari bawang, cili dan bawang putih. Ni adalah bahan paling asas sekali dalam masakan. Tapi kalau tiba-tiba waktu itu rasa nak makan mee kari, dah kena meredah jalan raya untuk ke pasar pula. Jadi, bila kita tanam bahan asas seperti cili, bawang,daun kari dan lain-lain di rumah. Bukankah lebih mudah? Nak pakai? Petik je di kebun kita. MAKANAN BEBAS DARI SERANGGA PEROSAK DAN RACUN Bila berkebun di rumah, kita boleh mengunakan baja organik buatan sendiri menggunakan bahan yang ada di dapur bagi menghalau serangga perosak. Dengan cara ini, kebun kita akan bebas dari serangan serangga perosak dan racun. Kalau beli dekat pasar, kita belum tentu tahu sayur-sayuran tersebut menggunakan baja organik atau tidak. BELAJAR MENGHARGAI Terdapat banyak cara untuk belajar menghargai antaranya adalah dengan berkebun di rumah. Apabila kita berkebun di rumah, kita dapat melihat sendiri hasil tanaman kita dan pastinya kita tidak akan mensia-siakan hasil titik peluh kita. Lebihan dari tanaman kita, boleh disedekahkan kepada jiran tetangga. Pastinya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. MENGHASILKAN PEMANDANGAN YANG INDAH Selain itu, dengan berkebun di rumah, kita juga dapat menghasilkan pemandangan yang nyaman, segar dan indah. Minda kita akan menjadi lebih segar dan produktif. Dengan berkebun di rumah juga, dapat membantu menyedut karbon dioksida di sekitar rumah kita dan membekalkan lebih banyak oksigen. Begitulah. Banyakkan kelebihan berkebun dari rumah? Selamat Mencuba! Kredit : Gambar dari Google (Harian Metro) *Pasarkita merupakan satu di antara platform e-commerce bagi hasil pertanian yang mengetengahkan konsep “Urban Gardening”. Di Pasarkita, kami membantu usahawan-usahawan pertanian kecil bagi memasarkan produk mereka dan memberi pendedahan tentang kebaikan dan kepentingan berkebun di bandar.

6 Cara Mudah Tanam Secara Vertical menggunakan Botol
6 Cara mudah tanam secara vertical menggunakan botol Hi semua! Hari ini saya nak kongsikan dengan kalian cara-cara membina kebun secara Vertikal menggunakan bekas botol bersaiz 1.5 liter. Antara bahan yang diperlukan adalah : Bahan Gunting atau pisauBekas botol plastik bersaiz 1.5 literPaku, besar atau kecil, Bibit Tanaman Tanah sebagai medium tanaman Cara-cara 1. Bersihkan Alat dan Bahan Anda dikehendaki mencuci botol-botol tersebut sebelum digunakan. Sterilkan pisau dan gunting sebelum menggunakan agar tidak ada lagi kuman atau penyakit yang terbawa dan merosakkan tanaman kita. 2. Potong botol mengikut kesesuaian Untuk lebih mempercantikkan kebun vertikal anda, maka anda perlu membentuk botol bekas terlebih dahulu. Aneka bentuk botol dapat pula menyesuaikan dengan jenis tanaman yang akan anda tanam. Potong botol menjadi dua secara sejajar, atau memotong secara horizontal. 3. Isi botol dengan tanah Medium yang kita gunakan untuk menanam adalah tanah, maka untuk mendapatkan sumber nutrisi tanaman, kita perlu menambahkan kompos atau pasir pada tanah tersebut sebelum memasukkannya pada botol. Campurkan tanah dan kompos dengan perbandingan 1 : 1, lalu biarkan selama kurang lebih 1 hari agar ianya meresap pada tanah. Selepas itu, Anda dapat mengisi botol-botol yang telah dibentuk tersebut dengan tanah. 4. Masukkan bibit Pastikan bibit tanaman yang Anda peroleh adalah bibit yang bagus. Lubangilah tanah sedalam kurang lebih 5 cm dari permukaan, lalu masukkan bibit tanaman yang sudah tersedia, tutup kembali dengan tanah. 6. Lekatkan pada dinding Proses penanaman telah selesai, kini saatnya melekatkan botol berisi bibit tanaman tersebut pada dinding ruangan yang telah anda tetapkan. Pilihlah tempat yang mendapat cukup pancaran sinar matahari agar tanaman anda tumbuh dengan baik. Lakukan perawatan dan penjagaan dengan baik seperti menyiram secara teratur, serta segera atasi jika ada haiwan perosak atau hama yang mengancam. *Pasarkita merupakan satu di antara platform e-commerce bagi hasil pertanian yang mengetengahkan konsep “Urban Gardening”. Di Pasarkita, kami membantu usahawan-usahawan pertanian kecil bagi memasarkan produk mereka dan memberi pendedahan tentang kebaikan dan kepentingan berkebun di bandar.

TANAM SERAI DALAM PASU SEMUDAH 6 CARA
Serai atau nama saintifiknya Cymbopogon citratus, sering digunakan dalam masakan harian kerana wangian dari tumbuhan tersebut menaikkan selera. Namun tahukah anda? Serai antara tumbuhan yang boleh ditanam di rumah dan sangat sesuai untuk tanaman bandar. Ini adalah 6 langkah mudah untuk menanam serai didalam baru atau bekas kitar semula. Anak Benih Untuk mendapatkan anak benih serai, boleh sahaja menggunakan serai yang dijual dipasar untuk dijadikan benih. Kita juga boleh menggunakan batang serai yang telah matang untuk ditanam. Rendam anak benih dalam air sampai bertunas Kenapa perlu rendam dalam air? Ini kerana batang serai tidak mempunyai akar. Jadi langkah ini membantu untuk merangsang pertumbuhan akar. Ianya mengambil masa 3-4 hari. Penyediaan Medium Tanah Antara tanah yang sesuai digunakan bagi penanaman pokok serai ini adalah campuran dari tanah bakar dengan top soil. Kita boleh mendapatkan tanah ini di nurseri tanaman. Kaedah Penanaman Istimewanya tanaman serai ini adalah, kita perlu menanamnya secara menyerong. Masukkan sebahagian perut serai sahaja yang tenggelam di dalam medium tanah. Ianya untuk mengelakkan serai cepat mati. Kadar Siraman Siram air sebanyak dua kali sehari bagi memastikan tanaman serai stabil dengan medium tanah dan persekitarannya. Selepas seminggu, boleh kurangkan siraman air sekurang-kurangnya sekali sehari. Pembajaan Tanaman Bagi mendapatkan hasil tanaman serai yang gemuk dan sihat, petuanya adalah memberikan baja organik seperti air belacan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

5 JENIS TANAMAN YANG SESUAI DI TANAM DI BALKONI
Terdapat beberapa jenis tanaman yang sesuai untuk di tanam di kawasan laman yang sempit atau balkoni. 5 Jenis tanaman yang sesuai dan mudah penjagaannya adalah : Cili Padi – Penanaman cili padi tidaklah serumit yang disangka. Bagi pengemar masakan pedas, wajib tanam cili padi sendiri. Sediakan cawan atau botol yang berisi tanah lalu tanam biji cili. Siram dua kali sehari. Setelah anak pokok bercambah lalu pindahkan ke dalam pasu yang lebih besar. Proses ini akan membantu cili membesar dengan baik. Daun Pudina – Daun ini seringkali digunakan dalam masakan arab, india dan diletakkan di dalam minuman. Cara untuk menanam daun ini adalah dengan mengambil keratan batang daun pudina dan buang daun yang sudah dibuang daunnya, lalu ditanam ke dalam pasu berisi tanah.Kawasan redup sangat sesuai untuk tanaman ini. Pastikan selalu sembur air dua kali sehari. Kunyit – Satu lagi jenis tanaman yang sangat mudah untuk ditanam dan sering digunakan untuk masakan harian seperti ikan goreng kunyit dan lain-lain. Cara penanaman adalah dengan mengambil lebihan kunyit yang belum dipotong. Kemudian, balutkan dalam kertas surat khabar yang lembap. Tunggu sehingga 2-3 minggu untuk tunas tumbuh lalu tanam di dalam pasu. Daun Saderi – Rasanya seperti tidak lengkap masakan sup tanpa daun dan batang saderi yang rangup. Untuk proses penanaman daun saderi ni, ambil dalam 3 inci bahagian akar saderi, pancangkan dengan batang lidi dari bahagian luar supaya akar tidak mencecah hujung bekas dan rendamkan di dalam bekas berisi air. Setelah tumbuh tunas, alihkan ke pasu dan siram air dua kali sehari. Sayur Bok Choy – sayur yang sering dihidang dengan masakan sos tiram.Cara tanamannya adalah dengan potong pangkal sayur tu lebih kurang 1 inci setengah dan rendam dalam air. Letak di kawasan yang terang agar mendapat pencahayaan yang cukup Setelah 1-2 minggu, pindahkan ke dalam pasu berisi tanah dan biarkan sampai ia tumbuh dengan besar.

Recycle bottle turn into vertical garden
Had a discussion with team members to implement vertical garden using recycle materials for our home growers. The use of plastic PVC is not enviromental friendly. We are experimenting this solution for our upcoming growers.The solution will accomodate 40 pots. Space is not an issue anymore.