6 Cara mudah tanam secara vertical menggunakan botol
Hi semua! Hari ini saya nak kongsikan dengan kalian cara-cara membina kebun secara Vertikal menggunakan bekas botol bersaiz 1.5 liter.
Antara bahan yang diperlukan adalah :
Bahan
- Gunting atau pisau
- Bekas botol plastik bersaiz 1.5 liter
- Paku, besar atau kecil,
- Bibit Tanaman
- Tanah sebagai medium tanaman
Cara-cara
1. Bersihkan Alat dan Bahan
Anda dikehendaki mencuci botol-botol tersebut sebelum digunakan. Sterilkan pisau dan gunting sebelum menggunakan agar tidak ada lagi kuman atau penyakit yang terbawa dan merosakkan tanaman kita.
2. Potong botol mengikut kesesuaian
Untuk lebih mempercantikkan kebun vertikal anda, maka anda perlu membentuk botol bekas terlebih dahulu. Aneka bentuk botol dapat pula menyesuaikan dengan jenis tanaman yang akan anda tanam. Potong botol menjadi dua secara sejajar, atau memotong secara horizontal.
3. Isi botol dengan tanah
Medium yang kita gunakan untuk menanam adalah tanah, maka untuk mendapatkan sumber nutrisi tanaman, kita perlu menambahkan kompos atau pasir pada tanah tersebut sebelum memasukkannya pada botol.
Campurkan tanah dan kompos dengan perbandingan 1 : 1, lalu biarkan selama kurang lebih 1 hari agar ianya meresap pada tanah. Selepas itu, Anda dapat mengisi botol-botol yang telah dibentuk tersebut dengan tanah.
4. Masukkan bibit
Pastikan bibit tanaman yang Anda peroleh adalah bibit yang bagus. Lubangilah tanah sedalam kurang lebih 5 cm dari permukaan, lalu masukkan bibit tanaman yang sudah tersedia, tutup kembali dengan tanah.
6. Lekatkan pada dinding
Proses penanaman telah selesai, kini saatnya melekatkan botol berisi bibit tanaman tersebut pada dinding ruangan yang telah anda tetapkan. Pilihlah tempat yang mendapat cukup pancaran sinar matahari agar tanaman anda tumbuh dengan baik.
Lakukan perawatan dan penjagaan dengan baik seperti menyiram secara teratur, serta segera atasi jika ada haiwan perosak atau hama yang mengancam.
*Pasarkita merupakan satu di antara platform e-commerce bagi hasil pertanian yang mengetengahkan konsep “Urban Gardening”. Di Pasarkita, kami membantu usahawan-usahawan pertanian kecil bagi memasarkan produk mereka dan memberi pendedahan tentang kebaikan dan kepentingan berkebun di bandar.