Hi semua! Hari ini Pasarkita akan kongsikan 5 Tips berkesan bagi sesiapa sahaja yang baru atau sudah pun mula berjinak-jinak dalam pertanian berbentuk “Urban Gardening” di rumah Flat atau apartment.

Sebelum itu, Pasarkita merupakan satu di antara platform e-commerce bagi hasil pertanian yang mengetengahkan konsep “urban gardening”. Di Pasarkita, kami membantu usahawan-usahawan pertanian kecil bagi memasarkan produk mereka dan memberi pendedahan tentang kebaikan dan kepentingan berkebun di bandar.

  1. Pilih bekas yang ringan

Walaupun nampak remeh namun sebenarnya sekiranya kita menanam sayuran di dalam bekas yang ringan seperti pasu plastik. Ianya akan memudahkan kita menggerakkan tanaman sekaligus tidak membahayakan jiran tertangga yang lain.

  1. Tanam secara bertingkat

Dengan menanam secara bertingkat dapat mengatasi masalah ruang terhad. Boleh dapatkan rak bertingkat besi untuk diletakkan pasu tanaman. Rak tidak perlu terlalu tinggi, sekitar 2-3 tingkat sudah memadai.

  1. Tanaman secara Hidroponik 

Hidroponik adalah menanam sayuran tanpa menggunakan medium tanah. Kaedah ini sangat mudah kerana ianya hanya memerlukan bekas, span, air dan baja hidroponik iaitu baja AB.

  1. Tempat Cahaya

Kebiasaanya ianya menjadi satu cabaran bagi yang tinggal di kawasan apartment kerana kesukaran mendapatkan sumber cahaya. Namun, anda boleh menggunakan balkoni dapur atau hadapan rumah yang ada cahaya. Selain itu, penggunaan lampu led bagi pencahayaan tambahan adalah amat digalakkan.

  1. Menggunakan lapik pasu

Lapik pasu digunakan bagi mengelakkan air dari pasu menitis selepas membuat aktiviti penyiraman. Bersihkan pelapik pasu setiap hari atau dua-tiga hari sekali seminggu bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.