5 Kelebihan berkebun dari rumah
Berjumpa lagi kita di artikel kali ini. Hari ini Admin akan kongsikan tujuh kelebihan apabila anda berkebun dari rumah. Tahukah anda? Selain dari menjimatkan wang perbelanjaan harian di rumah, terdapat banyak lagi kelebihan berkebun di rumah tau!
- SUMBER BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN YANG SEGAR
Apabila kita berkebun di rumah, kita akan memperolehi buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar daripada kebun kecil kita sendiri. Walaupun kita tiada tanah atau tinggal di apartmen, terdapat banyak cara untuk berkebun di rumah. Antaranya adalah menggunakan teknik hidroponik.
- TIADA LAGI BERSESAK DI PASAR TANI
Selalunya bila nak memasak di rumah, mesti kita akan cari bawang, cili dan bawang putih. Ni adalah bahan paling asas sekali dalam masakan. Tapi kalau tiba-tiba waktu itu rasa nak makan mee kari, dah kena meredah jalan raya untuk ke pasar pula. Jadi, bila kita tanam bahan asas seperti cili, bawang,daun kari dan lain-lain di rumah. Bukankah lebih mudah? Nak pakai? Petik je di kebun kita.
- MAKANAN BEBAS DARI SERANGGA PEROSAK DAN RACUN
Bila berkebun di rumah, kita boleh mengunakan baja organik buatan sendiri menggunakan bahan yang ada di dapur bagi menghalau serangga perosak. Dengan cara ini, kebun kita akan bebas dari serangan serangga perosak dan racun. Kalau beli dekat pasar, kita belum tentu tahu sayur-sayuran tersebut menggunakan baja organik atau tidak.
- BELAJAR MENGHARGAI
Terdapat banyak cara untuk belajar menghargai antaranya adalah dengan berkebun di rumah. Apabila kita berkebun di rumah, kita dapat melihat sendiri hasil tanaman kita dan pastinya kita tidak akan mensia-siakan hasil titik peluh kita. Lebihan dari tanaman kita, boleh disedekahkan kepada jiran tetangga. Pastinya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.
- MENGHASILKAN PEMANDANGAN YANG INDAH
Selain itu, dengan berkebun di rumah, kita juga dapat menghasilkan pemandangan yang nyaman, segar dan indah. Minda kita akan menjadi lebih segar dan produktif. Dengan berkebun di rumah juga, dapat membantu menyedut karbon dioksida di sekitar rumah kita dan membekalkan lebih banyak oksigen.
Begitulah. Banyakkan kelebihan berkebun dari rumah? Selamat Mencuba!
Kredit : Gambar dari Google (Harian Metro)
*Pasarkita merupakan satu di antara platform e-commerce bagi hasil pertanian yang mengetengahkan konsep “Urban Gardening”. Di Pasarkita, kami membantu usahawan-usahawan pertanian kecil bagi memasarkan produk mereka dan memberi pendedahan tentang kebaikan dan kepentingan berkebun di bandar.