5 JENIS TANAMAN YANG SESUAI DI TANAM DI BALKONI

Terdapat beberapa jenis tanaman yang sesuai untuk di tanam di kawasan laman yang sempit atau balkoni.

5 Jenis tanaman yang sesuai dan mudah penjagaannya adalah :

Cili Padi – Penanaman cili padi tidaklah serumit yang disangka. Bagi pengemar masakan pedas, wajib tanam cili padi sendiri. Sediakan cawan atau botol yang berisi tanah lalu tanam biji cili. Siram dua kali sehari. Setelah anak pokok bercambah lalu pindahkan ke dalam pasu yang lebih besar. Proses ini akan membantu cili membesar dengan baik.

Daun Pudina – Daun ini seringkali digunakan dalam masakan arab, india dan diletakkan di dalam minuman. Cara untuk menanam daun ini adalah dengan mengambil keratan batang daun pudina dan buang daun yang sudah dibuang daunnya, lalu ditanam ke dalam pasu berisi tanah.Kawasan redup sangat sesuai untuk tanaman ini. Pastikan selalu sembur air dua kali sehari.

Kunyit – Satu lagi jenis tanaman yang sangat mudah untuk ditanam dan sering digunakan untuk masakan harian seperti ikan goreng kunyit dan lain-lain. Cara penanaman  adalah dengan mengambil lebihan kunyit yang belum dipotong. Kemudian,  balutkan dalam kertas surat khabar yang lembap. Tunggu sehingga 2-3 minggu untuk tunas tumbuh lalu tanam di dalam pasu.

Daun Saderi – Rasanya seperti tidak lengkap masakan sup tanpa daun dan batang saderi yang rangup. Untuk  proses penanaman daun saderi ni,  ambil dalam 3 inci bahagian akar saderi, pancangkan dengan batang lidi dari bahagian luar supaya akar tidak mencecah hujung bekas dan rendamkan di dalam bekas berisi air. Setelah tumbuh tunas, alihkan ke pasu dan siram air dua kali sehari.

Sayur Bok Choy – sayur yang sering dihidang dengan masakan sos tiram.Cara tanamannya adalah dengan potong pangkal sayur tu lebih kurang 1 inci setengah dan rendam dalam air. Letak di kawasan yang terang agar mendapat pencahayaan yang cukup Setelah 1-2 minggu, pindahkan ke dalam pasu berisi tanah dan biarkan sampai ia tumbuh dengan besar.